INTRODUCTION



Dalam persediaan kita ke Tanah Suci, ada beberapa perkara yang harus kita ambil kira dari segi memperkasakan diri kita dari segi fizikal, mental dan rohaniah.

YBhg Datuk Hj Kamal Muhammad berlatih QiGong bersama bakal-bakal jemaah haji (gambar di ambil di Masjid Wilayah Persekutuan)


Dalam rutin harian kita, jangan kita perlecehkan pemakanan yang berhemah, kebersihan diri termasuk persekitaran kerana semua ini ada berkaitan rapat dengan faktor kesihatan. Cabaran di Tanah Suci nanti semasa mengerjakan ibadah Haji akan meliputi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga psikologi dan emosi.

Persoalan yang harus kita tanya pada diri sendiri sebelum kita menunaikannya:

1) Kesedaran kepentingan kesihatan
2) Persediaan tubuh dan minda yang sihat
3) Tahu tahap kesihatan dan kemampuan diri
4) Sanggup dan tahu menahu menjaga kesihatan diri
5) Jika berlaku di luar jangkaan

Ini kerana perjalanannya yang jauh seperti:

1) Berada di dalam perjalanan dalam kapal terbang - 8 Jam
2) Jeddah - Madinah - Mekkah = 6 - 8 Jam
3) Mekkah - Arafah - Mudzalifah - Minah = 2 - 4 jam
4) Ziarah Luar/Dalam
5) Tawaf = Berjalan lebih kurang 1km dalam keadaan sesak
6) Saei = Berjalan lebih kurang 5 km dalam keadaan sesak
7) Melontar Jamrah = Berjalan lebih kurang 6 - 10km setiap hari selama 4 hari berturut-turut
8) Solat di Masjid = Berjalan 2 = 3km setiap hari ke Masjid Nabawi di Madinah untuk mengerjakan sembahyang 40 waktu berturut-turut.  Berjalan 4 - 6km setiap hari ke Masjidil Haram Makkah untuk mengerjakan sembahyang  


Apa yang dipaparkan disini adalah hanya sebahagian dari modul Senam Hajj. Modul berskala dimana keprihatinan latar belakang peserta akan diutamakan sebelum sebarang senaman dimulakan.  Tidak ketinggalan nasihat doktor pakar masing-masing akan menjadi panduan untuk keselamatan para jemaah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan